Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketika rakyat Yaman ditindas dengan serangan hebat dan kepungan ketat pakatan yang dikepalai Arab Saudi, negara boneka Amerika itu kini berusaha menyekat bantuan kemanusiaan Bulan Sabit Merah Iran.
Dalam masa yang sama, Kementerian Pertahanan Amerika menyuarakan amaran bahawa kapal bantuan Iran boleh mengancam gencatan senjata yang sedang berlangsung di kawasan terbabit.
Reuter melaporkan jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren berkata, "Sekiranya Iran mematuhi protokol antarabangsa, kapal ini perlu melalui Djibouti, dan sekiranya benar apa yang didakwa bahawa kapal ini adalah bantuan kemanusiaan, ia perlu diserahkan kepada PBB untuk pengagihan."
Tambahnya lagi, "Jalan yang sahih untuk mengirim bantuan kemanusiaan ke Yaman adalah dari perlabuhan Djibouti, bantuan ini hendaklah disampaikan kepada petugas PBB, selain dari jalan ini adalah salah."
Pentagon juga mengumumkan bahawa pihaknya sedang memantau kapal Iran tersebut.
Selain itu, penasihat Kementerian Pertahanan Arab Saudi berkata, "Resolusi Majlis Keselamatan 2216 melarang bantuan senjata kepada pasukan separa tentera Houthi dan Abdullah Salih. Kerajaan Yaman yang sah juga memohon sekatan laut di kenakan ke atas seluruh perlabuhan dan perairan rantau negara ini. Sekatan ini juga meliputi kunjungan-kunjungan semua kapal asing. Sekiranya sebuah kapal yang sarat dengan muatan bantuan kemanusiaan, maka kapal itu hendaklah diperiksa sehingga meyakinkan dan selepas diberi kezinan untuk berangkat, ia perlu diiring sampai ke perlabuhan-perlabuhan. Oleh itu sekiranya para penyelia kapal ini mempunyai niat yang baik, maka ia perlu bekerjasama dengan pasukan-pasukan pakatan dan kemudahan akan diberikan kepada kapal ini."
Ahmad al-Asiri dalam temubual bersama al-Jazeera mempertikaikan kesanggupan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ini mahu diiringi sampai ke perlabuhan Yaman?. "Pertamanya, sila minta izin terlebih dahulu! dan benarkan pasukan pakatan memeriksa kapal ini agar ia tidak membawa muatan yang dilarang."
Rejim Al Saud sebelum ini telah mengebom lapangan terbang Sana'a supaya bantuan kemanusiaan Iran tidak dapat dikirim melalui udara.
Kapal bantuan Iran telah bertolak dari Bandar Abbas malam Isnin lalu dan kini sedang menuju ke Yaman dengan membawa ubat-ubatan dan makanan setelah 40 hari negara tersebut menghadapi serangan dan pencerobohan Arab Saudi. Berat muatan kapal tersebut ialah 2500 tan berupa 200 tan beras, 700 tan tepung gandum, 400 tan jem, 50 tan ubat dan peralatan perubatan, 50 tan air mineral, 2 ribu selimut tebal, 1000 khemah dan 1000 pinggan mangkuk bagi kegunaan dapur.
60 orang yang berada di dalam kapal ini meliuti 15 orang pelatih perubatan, 13 orang wakil media, 7 aktivis anti perang dari Amerika, Perancis, German dan 5 pekerja. Selain itu 20 orang awak-awak mengemudi kapal ini dari Bandar Abbas ke laut Oman, Edan dan Laut Merah untuk sampai ke perlabuhan al-Hadidah.
Sekiranya bantuan seperti ini tidak sampai, tragedi kemanusiaan besar dijangka akan berlaku di negara yang dilanda perang dengan pengganas Saudi itu.